BALING: Seorang mekanik maut apabila motosikal yang dia tunggang merempuh besi penghadang jalan berdekatan kawasan rehat Tawar di Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, semalam. Dalam kejadian pada pukul 11.45 malam itu, mangsa, Muhammad Nazim Nafis Mohd. Khairi, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian bawah dagu dan leher. Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, motosikal mangsa jenis Yamaha 135LC sebelum itu bergesel dengan sebuah lagi motosikal…









