KEPALA BATAS : “Arwah seorang wanita kuat dan ringan tulang kerana dia bukan sahaja cekap membahagikan masa untuk menguruskan keluarga, malah, aktif dalam aktiviti persatuan di taman perumahan kami.” Itu kata Asmah Ismail, 46, yang juga sahabat baik kepada mangsa tragedi kereta terjunam dalam tali air di Jalan Lahar Kepar, Penaga di sini, pagi tadi iaitu Siti Hawa Mohd Isa, 40. Menurut bomba, Siti Hawa lemas akibat terperangkap dalam kereta…










