SEPANG: Kejayaan Malaysia dalam aspek pengurusan jemaah haji di tanah air dan tanah suci membolehkan negara ini kekal dipilih Arab Saudi bagi pelaksanaan Makkah Route. Susulan itu, majlis pelancaran inisiatif untuk musim haji 1445H/2024 M berlangsung di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini malam tadi. Jurucakap Lembaga Tabung Haji (TH) berkata, acara khas berkenaan dirasmikan sendiri oleh Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Al…