LANGKAWI: Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Skuadron A Pasukan Gerakan Khas 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kemampuan dan teknik dalam menghadapi ancaman. Timbalan Komander 69 Komando, Asisten Komisioner Rosman Kasman berkata, latihan khas tersebut juga bagi meningkatkan kemahiran pertempuran melalui hantaran udara atau payung terjun dan pertempuran laut dengan menggunakan aset sedia ada. “Kita sudah memiliki kemahiran sedia ada tetapi latihan ini bagi mempelbagaikan lagi keupayaan…










