PUTRAJAYA: Projek penggantian trek sintetik, menaik taraf padang dan astaka Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS) yang selesai pembinaannya diserahkan secara rasmi kepada Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini. Penyerahan itu dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan dengan disaksikan oleh Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek. KPM memaklumkan, skop projek berkenaan antaranya melibatkan penaiktarafan padang sedia ada daripada jenis rumput asli kepada rumput sintetik yang melibatkan kos sebanyak RM9,058,000.…