PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 33 warganegara asing di sebuah kilang memproses sisa elektronik atau ‘e-waste’ di Klang, Selangor, kelmarin. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, warganegara asing itu terdiri daripada dua lelaki warganegara China, 27 lelaki Myanmar, dua lelaki Kemboja dan masing-masing seorang wanita Myanmar serta Kemboja. Katanya, kesemua yang ditahan berusia lingkungan antara 19 tahun hingga 40 tahun yang bekerja dan tinggal di ruang kilang sejak empat bulan lalu. “Kesemua warganegara asing ini tidak memiliki dokumen perjalanan sewaktu ditahan dan dipercayai disimpan oleh pengusaha kilang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya