TANJUNG MALIM: Tindakan sebuah kilang memproses pau dan kopi di sini yang beroperasi sejak 50 tahun lalu menggunakan sijil halal tamat tempoh mengundang padah apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak semalam. Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan oleh sepasukan penguat kuasa dari KPDN Cawangan Tapah dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). “Operasi bersepadu ini hasil semakan ke atas pemegang-pemegang…










