ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) masih menunggu laporan penuh insiden kekecohan seorang pemain Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kubang Pasu yang dipercayai memukul pengadil, kelmarin. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib KFA, Mohd. Farhan Ahmad berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) selaku penganjur kejohanan itu perlu mengemukakan laporan kejadian terbabit kepada pihaknya. Menurutnya, Jawatankuasa Tatatertib KFA juga belum menerima sebarang laporan daripada pihak pengadil yang bernaung di bawah Persatuan…










