Keterujaan Onew, pertama kali ke Malaysia - Utusan Malaysia

Keterujaan Onew, pertama kali ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertama kali ke Malaysia, artis serba boleh Korea Selatan, Onew, 35, bakal ‘menggegarkan’ Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 27 Julai depan menerusi Guess! Onew Fanmeeting in Malaysia 2024.

Kehadiran Onew atau nama sebenarnya, Lee Jinki semestinya mengujakan peminat di sini selepas 16 tahun menjadi anak seni apatah lagi, dia sering mendengar cerita tentang Malasysia menerusi rakan-rakan seperjuangan lain.

“Jumpa anda di Guess! Onew Fanmeeting in Malaysia 2024. Ada kejutan menanti dan saya tidak sabar untuk bertemu anda,” katanya menerusi sebuah mesej ringkas sempena kedatangannya nanti.

Dalam satu kenyataan, penganjur, MND Sport & Event Sdn Bhd & JS Concert Productions turut meluahkan rasa bangga akhirnya dapat membawa Onew ke sini.

“Kami sangat teruja dan berbesar hati untuk membawa Onew buat kali pertama dalam sejarah pembabitan kerjayanya selama 16 tahun untuk menghadiri sesi bertemu dan beramah mesra dengan peminat di Malaysia.

”Kami berbangga acara ini tidak akan dilupakan oleh semua peminat terhadap pertemuan utama ini. Sebagaimana terujanya peminat untuk beramah mesra dan bertemu Onew, kami akan pastikan acara itu memenuhi jangkaan ramai,” kata kenyataan itu.

Jurucakapnya, Harith berkata, pihak percaya acara Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia akan mendapat sambutan luar biasa, apatah lagi, peminat sudah lama menantikan kehadiran Onew.

“Dengan pelbagai pencapaian yang dicapai sejak album pertama pada 2008, Onew juga terkenal dengan keampuhan vokal yang mengagumkan dan sudah mengeluarkan dua album studio solo.

“Jadi, kehadiran Onew pastinya akan diraikan peminat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya