PUTRAJAYA: Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,321 kes pada Minggu Epidemiologi ke-16 (ME16) iaitu bagi tempoh 14 April hingga 20 April lepas berbanding 1,698 kes pada minggu sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, daripada angka tersebut, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan. “Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-17 adalah sebanyak 52,887 kes berbanding 36,977 kes bagi tempoh sama tahun…