Kes demam denggi meningkat, satu kematian direkod minggu lalu

Kes demam denggi meningkat, satu kematian direkod minggu lalu

PETUGAS kesihatan melakukan semburan bagi mencegah denggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 2,338 kes demam denggi direkodkan pada minggu kedua bulan ini iaitu meningkat berbanding 1,995 kes pada minggu sebelumnya dengan satu kematian dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, angka itu menjadikan kumulatif kes demam denggi adalah sebanyak 57,220 kes berbanding 41,175 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Pada masa sama, katanya, terdapat 40 kematian dilaporkan berbanding 26 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 60 lokaliti hotspot dilaporkan berbanding 70 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya meliputi 45 lokaliti di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (tujuh), Sarawak (tiga), Pulau Pinang (dua), dan masing-masing satu di Kedah, Perak dan Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi survelan chikungunya, terdapat satu kes direkodkan menjadikan sebanyak 24 kes jumlah kumulatif sekali gus tiada wabak penyakiti itu dilaporkan.

Pada masa sama, menurut beliau, sebanyak 974 sampel darah dan enam sampel urin dijalankan saringan zika bagi survelan zika, dan hasil kesemuanya adalah negatif.

Dalam pada itu, Muhammad Radzi menasihati orang ramai untuk terus memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes memandangkan situasi panas dan kering ketika ini boleh menyumbang kepada peningkatan populasi nyamuk Aedes di persekitaran.

“Ini disebabkan kitaran hidup nyamuk dari fasa telur sehingga dewasa akan menjadi lebih pendek.

“Selain itu, nyamuk Aedes betina akan menggigit dengan lebih kerap semasa cuaca panas untuk mendapatkan sumber protein iaitu darah bagi penghasilan telur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×