Kalau duduk rumah, siapa mahu bagi anak-anak makan - Adira - Utusan Malaysia

Kalau duduk rumah, siapa mahu bagi anak-anak makan – Adira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kalau saya duduk rumah, siapa yang nak bagi makan pada anak-anak?”

Demikian luahan penyanyi, Adira apabila seorang individu mempersoalkan tindakannya yang giat keluar bekerja walaupun ketika tempoh edah.

Jelas Adira, dia harus keluar bekerja bagi menampung kehidupannya dan anak-anak sementelah dia kini seorang ibu tunggal.

“Saya bukan balu yang cerai mati. Saya cerai hidup. Jadi saya perlu keluar pergi bekerja untuk mencari sesuap nasi.

“Kalau tak kerja, empat anak dekat rumah siapa mahu bagi makan?” ujarnya.

Tambah Adira, seorang isteri dalam edah selepas kematian suami pun boleh keluar jika ada urusan yang perlu diselesaikan.

Kenyataan penyanyi itu mendapat sokongan pengguna media sosial lain yang menyifatkan persoalan individu tersebut adalah tidak wajar.

Untuk info, rumah tangga Adira dan usahawan, Datuk Adnan Abu atau Datuk Red ternoktah selepas pasangan itu disahkan bercerai talak satu 24 April lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya