JOHOR BAHRU: Selepas laksa Sarawak, Kementerian Perpaduan Negara mengangkat makanan tradisi rakyat Johor, kacang pool sebagai Makanan Warisan Kebangsaan sempena Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) 2024 di sini, hari ini. Sempena sambutan itu juga, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mencipta Malaysia Book of Records (MBOR) bagi peserta teramai memakan menu kacang pool iaitu seramai 2,400 peserta. Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, kerajaan akan terus mengangkat identiti makanan Malaysia sebagai…