KANGAR: Prestasi nilai jualan borong dan runcit negara bagi Mac tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 5.2 peratus dengan nilai RM145.7 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu. Berdasarkan data terkini oleh Jabatan Perangkaan Malaysia berhubung prestasi perdagangan borong dan runcit pada Mac menunjukkan perkembangan yang amat positif. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, situasi ini juga menunjukkan segala tindakan, pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan…










