John Legend tinggalkan The Voice - Utusan Malaysia

John Legend tinggalkan The Voice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi, John Legend mengumumkan pengundurannya sebagai mentor program realiti The Voice pada musim akan datang.

Bercakap kepada Entertainment Tonight, Legend memaklumkan keputusan itu ekoran kesibukannay selepas ini memenuhi undangan persembahan dalam dan luar negara.

“Saya akan terlibat dengan banyak persembahan selain kerap terbang ke luar negara pada musim panas ini.

“Saya pasti kembali, itu pun kalau saya sekadar berehat sementara daripada menyertai program ini,” katanya.

Turut menarik diri adalah penyanyi rap, Chance serta selebriti terkenal, Dan + Shay.

Kekosongan itu bakal diganti oleh barisan penyanyi ternama seperti Gwen Stefani, Snoop Dog, Michael Buble selain Reba McEntire yang menggalas peranan sebagai jurulatih The Voice musim akan datang.

Kata Legend, pengundurannya dan beberapa mentor lain bakal membuatkan pertandingan nyanyian popular itu kekal relevan di mata penonton.

“Kehadiran muka-muka baru bakal menambah keterujaan penonton yang mengikuti program ini sejak dulu.

“Contoh seperti Snoop Dog yang sebelum ini pernah menjadi mentor The Voice, dan kali ini sebagai pelatih.

“Program ini telah bersiaran selama 25 tahun dan tentunya muka-muka baru ini akan membuatkan The Voice lebih ‘segar’ di mata penonton.

“Dan pastinya saya teruja dengan kepulangan semula Reba dan Gwen dalam program ini kerana pada saya mereka merupakan pelatih yang hebat,” kongsinya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×