Jemaah Menteri zahir takziah kematian Presiden Iran

Jemaah Menteri zahir takziah kematian Presiden Iran

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini menzahirkan ucapan takziah di atas kematian Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terbabit nahas helikopter berhampiran sempadan Azerbaijan, Ahad lalu.

Perkara itu dizahirkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri memaklumkan berkesempatan bertemu dengan almarhum dalam dua pertemuan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perdana Menteri memaklumkan hubungan antara Malaysia dan Iran bertambah erat.

“Malah, saya sendiri berkesempatan merakamkan detik pertemuan Perdana Menteri dengan Raisi ketika dalam satu pertemuan di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.

“Ia (insiden) juga meninggalkan kesan kepada saya dan kita (kerajaan) ucapkan takziah,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam nahas helikopter itu, turut disahkan maut termasuk Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian dan tujuh penumpang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×