HULU TERENGGANU: Seorang suri rumah sanggup berulang-alik menunggang motosikal sejauh 80 kilometer (km) untuk menjaga suaminya yang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu sejak April lalu. Norrisham Samsuddin, 46, dari Kampung Nibong di sini berkata, dia menjaga suaminya, Mohd. Azmi Yusoh, 50, yang menerima rawatan di HSNZ setelah disahkan menghidap penyakit buah pinggang tahap lima. Ibu empat anak yang menghidap penyakit darah tinggi itu berkata, dia sekeluarga kini kian terhimpit masalah kewangan dan hanya mengharapkan sumbangan ahli keluarga serta orang ramai untuk perbelanjaan harian. Katanya, dia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya