MARANG: Dua beranak maut setelah motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah lori yang berada di bahu jalan di Kilometer 21, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dekat Kampung Durian Guling, dekat sini, hari ini. Dalam kejadian itu, mangsa, Wan Nur Umira Wan Yusof, 22, bersama anaknya, Nur Qaira Nadeera, 2, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd. Razman Setapa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan…










