PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di tujuh negeri sehingga pukul 5 petang ini. Menurut Met Malaysia, ia dijangka melibatkan kebanyakan tempat di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan. “Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pahang (Bentong dan Rompin); Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat); Negeri Sembilan (Jelebu)…