Hail Amir selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Hail Amir selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Jenazah Allahyarham Datuk Hail Amir, 76, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana sekitar pukul 11 pagi, hari ini.

Sebelum itu, jenazah arwah Hail atau nama sebenar, Abdul Hail Amir selesai diurus dan disolatkan di Masjid Ukay Perdana dengan kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga, rakan artis dan kenalan terdekat hadir memberi penghormatan akhir.

Antara rakan artis yang hadir termasuklah Uji Rashid, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Yusof Haslam, Datin Salwa Abdul Rahman, Mubarak Majid, Abon dan ramai lagi.

Semalam, Allahyarham Hail disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 3.48 petang semalam akibat jangkitan paru-paru.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, penyanyi dan pelakon popular era 1970-an asal Pulau Pinang itu cukup terkenal sebagai pasangan duet kepada penyanyi bersuara lunak, Uji Rashid.

Lagu popular mereka seperti Hujan, Menunggu Nasi Minyak, Antara Matamu dan Mataku termasuk lagu Seloka Hari Raya menjadi siulan ramai.

Selain menyanyi, bapa kepada empat cahaya mata ini terkenal di layar perak. Antara filem popular lakonannya adalah Jiwa Remaja, Cinta Dan Lagu, Menanti Hari Esok, Sesejuk Air Mata Ibu dan Anita Dunia Ajaib.

Selepas lebih lima dekad terbabit dalam dunia seni, Hail dikurniakan gelaran darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya