KOTA KINABALU: Tindakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menutup ruang bekerjasama dengan parti lain dari Semenanjung dikhuatiri akan mendatangkan kesukaran kepada gabungan itu untuk meneruskan kelangsungan politik pada masa akan datang. Biarpun GRS mungkin mempunyai strategi sendiri untuk meneruskan kelangsungan politik mereka namun, pendirian yang diambil itu akan memberi kesan kepada gabungan tersebut pada masa akan datang. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr. Romzi Ationg berkata, kenyataan yang dibuat oleh GRS untuk menolak kerjasama dengan parti berpangkalan di Semenanjung itu mungkin ada makna tersirat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya