BUKIT MERTAJAM : Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan selepas suspek bertindak melarikan sebuah kenderaan di sekitar Megamall Pinang hingga ke Jalan Sungai Lembu, Machang Bubok, di sini, 15 Mei lalu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, terdahulu, anggota skuad kereta peronda polis (MPV) dari Balai Polis Bukit Mertajam telah menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu. Katanya, sebuah kereta iaitu jenis Datsun 120Y…