PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengecam tindakan syarikat konglomerat Meta yang menyekat beberapa akaun media sosial syarikat media tempatan termasuk menurunkan hantaran susulan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar, semalam. Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, pihaknya mendapati hantaran tersebut tidak mempunyai aspek ‘berbahaya’ seperti didakwa syarikat Meta. “Saya ingin jelaskan bahawa pertemuan Perdana Menteri itu adalah dengan pemimpin…










