KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan, Fouziah Gous, 41, mengambil pendekatan berhati-hati dalam memilih platform bagi menyalurkan sumbangan untuk penduduk Palestin. Katanya, perkara itu disebabkan dia mahu sumbangan yang disalurkan benar-benar sampai dan tidak dimanipulasi pihak-pihak tidak bertanggungjawab. “Sebelum ini saya telah kumpul sumbangan daripada hasil perniagaan yang saya jalankan. “Malangnya badan yang saya pilih untuk sampaikan sumbangan itu telah disenarai hitam. “Selepas itu timbulkan kerisauan, enggan pisang berbuah dua kali,”…










