KUALA PILAH: Tular video di media sosial membabitkan insiden empat beranak yang menaiki sebuah motosikal dihempap dahan pokok patah di Jalan Bukit Putus, di sini, semalam. Menerusi video berdurasi 0.59 minit itu, kelihatan dahan pokok yang sudah reput di tepi jalan patah secara tiba-tiba ketika empat sekeluarga berkenaan melalui kawasan tersebut. Kejadian berkenaan mengakibatkan pembonceng wanita dan seorang kanak-kanak perempuan terjatuh dan tercampak ke tengah jalan raya. Manakala, sebuah kereta…










