Ditahan enam jam di Belanda kerana ganja, Nicki Minaj dakwa disabotaj - Utusan Malaysia

Ditahan enam jam di Belanda kerana ganja, Nicki Minaj dakwa disabotaj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Penyanyi rap, Nicki Minaj mendakwa dirinya disabotaj pihak tertentu susulan penahanannya di Belanda, Sabtu lepas.

Nicki, yang sepatutnya terbang England selepas konsertnya di Belanda, tidak menolak adanya pihak cuba menghalang penganjuran konsertnya di negara itu.

“Mereka berjaya halang saya naik ke pentas (Manchester) malam ini (Ahad). Tapi saya juga berjaya rakam mereka dan tunjuk semua bukti.

“Saya lantik peguam dan ada Tuhan untuk selesaikan perkara ini,” tulisnya di platform X.

Nicki Sabtu lepas ditahan enam jam di negara itu selepas pihak berkuasa menemukan dadah jenis ganja dalam begnya.

Insiden berkenaan mengakibatkan penyanyi lagu Super Bass itu lewat ke persembahannya di Manchester, England.

Nicki dalam perkongsian sama memohon maaf kepada peminatnya di Machester gara-gara kejadian tersebut.

“Saya berjanji akan adakan konsert yang lain, antara Jun atau Julai untuk menebuskan kehampaan anda semua (peminat). Perkara ini masih dibincangkan.

“Dan saya janjikan persembahan bonus untuk anda nanti,” tulisnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN