Dipenjara tiga tahun amang seksual fizikal anak tiri

Dipenjara tiga tahun amang seksual fizikal anak tiri

BURUH yang mengaku salah melakukan amang seksual fizikal anak tiri perempuannya dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh terpaksa meringkuk di dalam penjara selama tiga tahun selepas mengaku bersalah atas tiga tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya pada Februari dan Mac lalu.

Tertuduh yang berusia 46 tahun itu turut dikenakan hukuman enam sebatan sebaik sahaja membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Berdasarkan pertuduhan pertama, kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang juga anak tirinya berusia 12 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa di sebuah rumah di daerah Marang antara 2 Februari sehingga 26 Mac 2024 pada pukul 2.30 petang dan 9 malam.

Tertuduh berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.

Bagi setiap pertuduhan, tertuduh dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan dan diarahkan menjalani hukuman penjara serentak bermula tarikh ditangkap iaitu 18 April 2024.

Tertuduh kemudian dijatuhkan hukuman tambahan penjara satu tahun lagi mengikut Seksyen 16(1) AKKSTKK 2017 yang perlu dijalani selepas selesai hukuman pertuduhan pertama sehingga ketiga.

Selain itu, tertuduh juga perlu berada dalam pengawasan polis selama dua tahun.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Najmi Adila Md. Nasir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya