LOS ANGELES: Insiden rompakan di sini meragut nyawa bintang drama General Hospital, Johny Wactor, 37, yang meninggal dunia selepas ditembak salah seorang perompak terbabit. Bercakap kepada TMZ, ibu mendiang, Scarlett memaklumkan kejadian berlaku apabila sekumpulan perompak memecah masuk ke dalam kereta anaknya, sebelum melepaskan tembakan dan melarikan diri. Johny yang dikejarkan ke hospital kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu. Kejadian tersebut masih disiasat polis dan identiti penjenayah belum dikenal pasti. Pelakon ini yang dilahirkan di Charleston, Carolina Utara, Amerika Syarikat mencipta populariti menerusi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya