PETALING JAYA: Kesusahan sebuah keluarga menaiki motosikal bersama bayi mereka yang memakai alat bantuan pernafasan seperti yang tular mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keluarga berkenaan supaya menyalurkan maklumat bagi membolehkan wakil Perdana Menteri menghubungi mereka. “Hal ini telah mendapat perhatian Perdana Menteri dan insya-Allah pihak kami akan membantu keluarga ini dalam menambah…










