KAMPAR: Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemukan dalam keadaan berbalut dengan kain batik di dalam kotak berhampiran Gua Tempurung pada pukul 3.15 petang semalam. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, hasil siasatan awal mendapati bayi malang itu ditemukan oleh orang awam yang ingin melihat lembu peliharaan di kawasan itu. “Ketika menghampiri kawasan itu, mereka ternampak seperti kaki bayi terkeluar dari sebuah kotak yang diletakkan di tepi…










