Selepas sembilan tahun menunggu, ibu reda anak hilang di laut

Selepas sembilan tahun menunggu, ibu reda anak hilang di laut

FARIHAH Che Husin (dua, kiri) menyerahkan sumbangan Faedah Pengurusan Jenazah kepada Noraini Abdul Ghani di kediamannya di Kampung Tanah Lot, Dungun, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN Hilang meninggal dunia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Selepas hampir sembilan tahun setia menunggu kepulangan anaknya, seorang ibu di Kampung Tanah Lot, dekat sini, reda dengan pemergian anaknya yang hilang di laut ketika keluar menangkap ikan, pada Julai 2015.

Noraini Abdul Ghani, 55, berkata, dia dan suaminya, Kamaruddin Ibrahim, 59, dan ahli keluarganya reda dengan ketentuan ilahi selepas Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 16 November tahun lalu mengisytiharkan anaknya, Mohd. Sabrie Kamaruddin meninggal dunia.

Menurutnya, ketika kejadian kira-kira pukul 3.30 petang pada 19 Julai 2015, Mohd. Sabrie bersama anak angkatnya, Shahril Asmadi Yusof masing-masing berusia 23 tahun ketika itu hilang selepas bot gentian kaca dinaiki mereka karam dipukul ombak.

“Jauh di sudut hati, saya masih mengharapkan kedua-dua anak saya hidup dan setiap hari saya rindukan mereka. Seboleh-bolehnya saya nak bertemu mereka biarpun hanya dapat melihat tulang, itu dah cukup. Tapi saya juga perlu redha dengan ketentuan ilahi,” katanya.

Noraini ditemui pemberita selepas selepas menerima sumbangan Faedah Pengurusan Jenazah sebanyak RM1,500 daripada Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri Terengganu, Farihah Che Husin di kediamannya, di sini, hari ini.

Menurut Noraini, dia akan menggunakan wang daripada Perkeso untuk kebajikan anak dan anak angkatnya yang dianggap seperti anak kandungnya sendiri.

Sementara itu, Farihah berkata, selain Faedah Pengurusan Mayat, waris yang layak akan turut menerima tunggakan bayaran Faedah Pencen Penakat berjumlah RM34,100.72. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN