PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini. Dalam ucapan tersebut, baginda turut bertitah, keharmonian antara kaum sentiasa menjadi tunjang perpaduan negara. “Selamat Hari Wesak diucapkan kepada semua penganut agama Buddha di negara ini,” titah baginda dalam hantaran melalui Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Hari Wesak…