Adik cemerlang SPM, Ubai mahu hadiahkan Iphone - Utusan Malaysia

Adik cemerlang SPM, Ubai mahu hadiahkan Iphone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pempengaruh media sosial, Ubai MZ, bersyukur apabila adiknya, Alieyatul Lailah Mohd Zulkefli, berjaya meraih pencapaian cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi Instagram Story, Ubai menyifatkan kejayaan adik perempuannya sebagai hadiah buat arwah ibu, Rohani Jamal yang semasa hayatnya tidak pernah putus berdoa untuk kejayaan anak-anak.

“Assalamualaikum mak, anak bongsu mak dapat semua A untuk SPM. Hajat dan impian mak sudah tercapai. Kami sebak dan bangga.

“Anak-anak lelaki mak dulu keputusan cukup makan sahaja. Alhamdulillah berkat doa mak,
kami berjaya juga.

“Ini untuk mak, Ubai rindu mak. Harap-harap Alieya tak minta hadiah bukan-bukan,” tulisnya berseloroh.

Menerusi satu klip temu ramah bersama stesen radio yang dikongsikan di Instagram, suami penyanyi Shila Amzah itu juga bercadang menghadiahkan adiknya telefon pintar atas kejayaan tersebut.

“Saya cadang nak berikan dia hadiah telefon jenama Iphone.

“Telefon yang dia pakai sekarang adalah telefon pertama yang saya beli semasa kerja pertama dengan gaji RM1,500 dulu,” katanya lagi.

Alieyatul yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad berjaya meraih 10A termasuk empat subjek dengan gred A tambah iaitu Sejarah,Geografi, Perniagaan dan Tasawwur Islam.

Ubai pada Julai tahun lalu kehilangan ibunya yang menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kanser ovari tahap tiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN