A. Halim meninggal dunia - Utusan Malaysia

A. Halim meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi popular tahun 60-an, Datuk A Halim disahkan meninggal dunia di Hospital Penawar, Johor, pada pukul 10.30 pagi semalam akibat angin ahmar.

Berita itu dikongsikan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah, menerusi satu kenyataan akbar kepada media.

Jenazah A Halim atau nama penuhnya Halim Md Diah dibawa ke Masjid Al Falah untuk diberi penghormatan terakhir sebelum pengebumian di Tanah Perkuburan Taman Cahaya, Masai, selepas Zohor.

“Seniman amat berdukacita atas pemergian arwah ke negeri abadi namun kami reda atas kehendak Ilahi.

“Kepimpinan tertinggi dan barisan exco Seniman mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan kami mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulisnya.

Sebelum ini, penyanyi itu dilaporkan tidak lagi bernyanyi memandangkan peti suaranya rosak.

Allahyarham tinggal bersama anaknya, Elly Halim di Seri Alam selain banyak terlantar dan sesekali menggunakan kerusi roda.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, A.Halim pernah bekerjasama dengan beberapa kugiran era 60-an antaranya De’ Fictions, The Wanderers dan The Wisma.

Beliau turut merakam beberapa buah album antaranya adalah Hitam Manis, Gadis Buta, Salam Mesra Dari A.Halim dan banyak lagi.

Antara lagu popular beliau adalah Doa Dan Harapan, Dendang Terakhir, Kawan Lama, Kan Hilang Nanti, Kisah Dan Tauladan, Ku Tetap Kasih, Cenderawasih, dan Budi Pekerti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya