KOTA BHARU: Program Jualan Agro Madani yang diperkenalkan oleh kerajaan amat membantu rakyat berpendapatan rendah mendapatkan barangan pada harga murah sekali gus melegakan mereka.
Zaini Aziz ,47, berkata, harga jualan yang ditawarkan lebih murah berbanding kedai runcit.
“Sebagai contoh, saya beli telur gred B pada harga RM12 sepapan dan ia lebih rumah berbanding pasaran. Harga jualan bahan mentah di program Jualan Agro Madani lebih murah jika mahu dibandingkan harga pasaran.
“Saya berharap pihak penganjur dapat mengadakan lebih banyak program ini di sini kerana ia memberi manfaat dan kemudahan kepada penduduk kampung,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Jualan Agro Madani di Pasar Nelayan Pulau Gajah, di sini hari ini.
Dalam program tersebut, sebanyak 3,000 biji atau 100 papan telur gred B habis dijual tidak sampai sejam.
Sementara itu, peniaga telur ayam, Mazrul Mohamad, 44, berkata, bekalan telur gred B itu diperoleh dari Gemencheh, Negeri Sembilan.
Katanya, sebanyak 100 papan telur ayam dijual bagi keperluan penduduk kampung berkenaan. – UTUSAN










