28 saman dikeluarkan dalam Op Bersepadu di Lebuh Raya KL-Karak 

28 saman dikeluarkan dalam Op Bersepadu di Lebuh Raya KL-Karak 

ANTARA kenderaan diperiksa polis dalam Op Bersepadu di Plaza Tol Gombak, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terkejut dengan pemeriksaaan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ada yang cuba  berpatah balik dan menghubungi rakan bagi meminta bantuan ketika menghampiri pemeriksaan berhampiran stesen minyak di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak dekat sini pagi ini.

Itu antara yang berlaku dalam  Op Bersepadu diketuai Pegawai Turus Risik Operasi Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik Bukit Aman,  Asisten Superintenden Mohd. Rizam Surani dengan kerjasama JJP serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). 

Malah beberapa penunggang motosikal turut membahayakan diri  dengan menunggang melawan arus bukan sahaja dilakukan kumpulan motosikal kapcai, malah turut  membabitkan kumpulan motosikal berkuasa tinggi. 

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, operasi bermula pukul 7 pagi itu mengeluarkan 28 saman atas pelbagai kesalahan.

“Pecahan kesalahan membabitkan  tiga  tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh (1 kes), ubah suai ekzos (3 kes), tidak pamer pelekat L (1 kes), nombor plat kabur atau fancy (16 kes) dan selebihnya lain-lain kesalahan.

“Sebanyak 80 kenderaan membabitkan 44 kereta dan 36 motosikal diperiksa dalam operasi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Nasri berkata, pihak JPJ mengeluarkan 18 notis saman termasuk 16 kenderaan diarah menjalani pemeriksaan.

“Objektif operasi sebagai advokasi kepada pengguna jalan raya tentang keutamaan keselamatan semasa menggunakan lebuh raya.

“Kita mahu memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang termasuk kenderaan yang digunakan mengikut spesifikasi yang betul berikutan banyak aduan awam yang diterima di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur,” katanya.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan diambil hanya kepada  yang ingkar dan mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain seperti kenderaan yang diubah suai dan  spesifikasi kenderaan tidak lengkap.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN