PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 2,642 kompuan bernilai kira-kira RM1.3 juta bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit denggi sepanjang bulan lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, purata kompaun bernilai RM500 itu dikeluarkan melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit denggi. Katanya, sejumlah 437 kes didaftar untuk tindakan mahkamah dan sebanyak 64 kes disabitkan kesalahan di…










