KOTA KINABALU: Seramai 2,013 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang ke negara asal melalui program pemindahan tahanan PATI sepanjang tempoh lima bulan pertama tahun ini. Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kesemua tahanan dihantar pulang ke negara asal melalui pengangkutan laut dan udara. Beliau berkata, penghantaran terbaharu dilakukan semalam yang melibatkan pengusiran 226 orang tahanan warga Filipina dari Depot Imigresen Sandakan. Kesemua 226…










