PETALING JAYA : Polis menyita 16 motosikal selepas didapati membuat pengubahsuaian selain tiada lesen memandu serta cukai jalan yang sah dalam Op Penguatkuasaan, awal pagi ini. Sitaan dibuat dalam operasi bermula kira-kira pukul 1 pagi di sekitar Jalan Ampang dan Tasek Tambahan, Ampang, Selangor. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, seramai 15 pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu pejabat Polis Daerah…










