1,500 berarak ke Dataran Merdeka, tuntut hak pekerja

1,500 berarak ke Dataran Merdeka, tuntut hak pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 1,500 pekerja berarak ke Dataran Merdeka bagi menuntut hak pekerja sempena Hari Pekerja.

Perhimpunan yang disokong 60 entiti itu disertai pekerja pelbagai sektor, berarak dari Menara Maybank mengambil masa kira-kira 30 minit.

Antara yang turut menyokong perhimpunan itu adalah Parti Sosialis Malaysia (PSM), Pusat Keprihatinan Orang Asli (COAC), Pertubuhan Pertolongan Wanita, Borneo Komrad dan banyak lagi.

Antara tuntutan mereka adalah pelaksanaan gaji ‘kos sara hidup’ sebanyak RM2,000 dan bukannya gaji minimum serta memansuhkan sistem kerja kontrak.

Selain itu, mereka turut menuntut hak penjagaan kesihatan kepada semua kakitangan hospital kerajaan, menghentikan pengusiran paksa tanpa menyediakan sebarang alternatif dan memberi hak sama rata dan menghentikan eksploitasi terhadap pekerja asing.

Antara lain juga, mereka turut menuntut kawalan harga runcit, memansuhkan undang-undang yang melanggar hak asasi seperti diskriminasi jantina, menghentikan penswastaan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, pengangkutan awam dan pendidikan serta mengiktiraf tanah adat Orang Asli. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN