LAHAD DATU: Seorang wanita warga emas maut apabila kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu merempuh pintu pagar rumah jirannya di Taman Gabungan di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang, wanita berusia 70 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati punca kemalangan akibat kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan sehingga merempuh pintu pagar sebuah rumah dan juga sebuah kenderaan lain diletakkan di kawasan perumahaan berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. –…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya