KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) menyumbang beberapa kelengkapan hari raya kepada 125 murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Chow Kit, di sini, semalam. Timbalan Pengarah PSPK UPM, Prof. Madya Dr. Moniza Waheed berkata, sumbangan berbentuk kelengkapan baju raya, kuih raya dan beberapa alatan mandi serta duit raya itu sebagai satu usaha untuk meraikan sambutan Aidilfitri bersama kanak-kanak jalanan dan terpinggir di sekitar…