Tubuh Majlis Jururawat tangani isu berbangkit

Tubuh Majlis Jururawat tangani isu berbangkit

jururawat
KERATAN laporan muka depan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan dicadang menubuhkan Majlis Jururawat bagi meningkatkan perjawatan DAN menjamin isu-isu berbangkit secara menyeluruh pada masa akan datang.

Presiden Kesatuan Jururawat Malaya (MNU), Saaidah Athman berkata, kewujudan majlis berkenaan perlu bagi membolehkan perjawatan jururawat berdiri sendiri.

“Dengan adanya Majlis Jururawat, boleh selesaikan isu-isu berkaitan dengan perjawatan jururawat (termasuk soal kebajikan, gaji, elaun) dengan lebih menyeluruh.

“Selain itu, ia membolehkan kami membuat keputusan dan tentukan rawatan terbaik untuk pesakit. Misalnya pesakit jatuh, jadi jururawat boleh cadangkan diagnos,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Namun, beliau percaya, penubuhan itu mungkin memakan masa lama kerana ia memerlukan perubahan dalam sistem.

“Supaya jururawat bukan sekadar membantu, tetapi melakukan perawatan kepada pesakit mengikut ilmu dan kepakaran mereka,” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan, gaji bulanan jururawat Malaysia lebih rendah berbanding rakan sejawatan di Kemboja, Vietnam dan Filipina yang saiz ekonomi mereka lebih kecil berbanding negara ini.

Keadaan itu menjadi punca kekosongan jururawat di Kementerian Kesihatan meningkat 10 hingga 40 peratus dalam tempoh empat tahun bermula negara dilanda pandemik Covid-19.

Saaidah berkata, MNU sentiasa membangkitkan isu gaji dan elaun yang tidak relevan dengan keadaan ekonomi sekarang pada setiap tahun sejak 2018.

Bagaimanapun, katanya, alasan diterima kewangan negara tidak memberangsangkan bagi membolehkan kerajaan menaikkan kadar gaji dan elaun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×