KUALA LUMPUR: Kerajaan komited mencari dalang dalam sindiket penipuan pekerjaan bagi memastikan tiada lagi rakyat Malaysia yang terperangkap dalam penipuan di luar negara itu. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari luar negara akan disoal siasat oleh pihak berkuasa sejurus mereka tiba di Malaysia bagi menentukan penglibatan mereka dalam sindiket penipuan pekerjaan. Kata beliau, tindakan tegas akan diambil oleh pihak kerajaan sekiranya…