Tiga termasuk lelaki Israel boleh berdepan hukuman mati

Tiga termasuk lelaki Israel boleh berdepan hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tiga individu termasuk lelaki Israel dikenali sebagai Shalom Avitan yang ditahan pada 27 Mac lalu bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Turut berdepan hukuman sama iaitu pasangan suami isteri warga tempatan yang disyaki membekalkan senjata kepada lelaki Israel itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pada awalnya, siasatan dijalankan mengikut Akta Pasport 1966 kerana dia sebagai warga Israel memasuki negara ini menggunakan pasport kewarganegaraan Perancis.

“Namun, siasatan kini dijalankan terhadap kesalahan lebih berat, iaitu pemilikan senjata api mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya dalam sidang akhbar khas di Bukit Aman, di sini hari ini.

Razarudin berkata, mana-mana individu yang didapati bersalah mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, boleh dihukum mati.

“Kesemua mereka masih ditahan reman untuk siasatan lanjut bagi membolehkan polis mengenal pasti motif sebenar pemilikan senjata api berkenaan

“Lelaki warga Israel itu direman hingga 7 April ini, manakala reman terhadap pasangan suami isteri terbabit pula akan berakhir pada 5 April ini,” jelasnya.

Beliau berkata, sebarang proses susulan untuk sambung reman akan dimohon sekiranya pihak polis masih memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN