GEORGE TOWN : Semua kategori orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan feri di sini dijangka menikmati tambang pengangkutan itu secara percuma bermula 8 April ini. Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, inisiatif itu diambil hasil kerjasama dengan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB). “Bagi meneruskan agenda rakyat terutamanya di Pulau Pinang, bermula 8 April ini, golongan OKU akan menikmati tambang feri percuma bagi semua kategori…