Tak minat kongsi hal peribadi, Faye Kusairi nafi rumah tangga bermasalah - Utusan Malaysia

Tak minat kongsi hal peribadi, Faye Kusairi nafi rumah tangga bermasalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Ramai sangat risau pasal rumah tangga aku ini sampai sanggup memfitnah.”

Demikian jawapan pelakon, Faye Kusairi apabila mendedahkan sering menerima pertanyaan adakah rumah tangganya dengan suami, Azmi Hatta bermasalah selepas jarang memuat naik gambar bersama di media sosial.

Faye yang berkongsi gambar bersama Azmi baru-baru ini berkata, dia sering menjadi mangsa fitnah sehingga membuatkan dirinya malas untuk memuat naik sebarang hantaran di media sosial.

“Terpaksalah muat naik gambar bersama suami. Aku berniaga nasi ayam tepi jalan pun kena fitnah macam-macam.

“Aku tak muat naik gambar dengan suami pun kena fitnah macam-macam. Aku shooting ke tidak pun kena fitnah.

“Jujur cakap kan, sikap aneh-aneh macam ini lah asbab aku makin malas nak muat naik atau layan sangat media sosial ini sebenarnya. Penat, macam tak seronok pun ada dah,”katanya.

Faye dalam perkongsian sama turut meluncurkan pesanan kepada warganet untuk tidak mencampuri urusan kehidupan orang lain apatah lagi menyebarkan fitnah.

“Jagalah tepi kain sendiri, bertutur dan berpendapatlah benda-benda yang positif dan punya manfaat.

“Kamu perlu fokus menjalani kehidupan sendiri berbanding mengambil tahu tentang kehidupan orang lain,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya