Sulfur Dioksida jejas tahap kesihatan – Pakar

Sulfur Dioksida jejas tahap kesihatan – Pakar

LETUSAN Gunung Ruang menyebabkan ruang udara di kepulauan Borneo, Sabah dan Sarawak tercemar dengan gas Sulfur Dioksida yang boleh menjejaskan tahap kesihatan penduduk. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara sejak kelmarin menyebabkan ruang udara di kepulauan Borneo termasuk Sabah dan Sarawak tercemar dengan gas Sulfur Dioksida yang boleh menjejaskan tahap kesihatan penduduk di sana.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Zawiah Mansor berkata, mereka yang terdedah dengan gas Sulfur Dioksida berpotensi untuk terkena serangan penyakit seperti bronkitis kro­nik, iritasi kepada paru-paru dan sesak nafas.

“Sukar untuk kita tentukan berapa lama masa yang diambil untuk ruang udara kembali bersih dengan Sulfur ini kerana ia bergantung pada cuaca dan hujan juga.

“Oleh itu, penduduk yang terdedah dengan gas ini perlu sentiasa menjaga kesihatan dengan memakai pelitup muka dan kurangkan aktiviti di luar rumah,” jelasnya.

Semalam, Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia turut memberi amaran potensi ketinggian gelombang tsunami akibat letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara boleh mencapai 25 meter.

Ketua Pasukan Kerja Gunung Berapi, Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.

“Untuk sejarah, potensi tsunami berada pada ketinggian 25 meter,” kata Heruningtyas dalam talian semalam.

Dalam pada itu, Ketua Pe­ngarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, berdasarkan pemodelan trajektori dan sebaran debu gunung berapi menggunakan Model Volcanic Ash HYSPLIT, Natio­nal Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) dan amaran pihak Darwin Volcanic Ash Advisory Centre (VAAC), sebaran debu gunung berapi tidak tersebar ke Semenanjung.

Pihak MET Malaysia juga bersama agensi terlibat sedang giat memantau dengan rapi perkembangan terkini situasi letusan Gunung Berapi Ruang dan setakat ini , Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bencana Geologi (PVMBG), Indonesia, meletakkan status Gunung Ruang pada Tahap 4 (Awas) ,” jelasnya.

“Antara agensi yang terlibat adalah Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan 2 Jabatan Alam Sekitar (JAS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×