KEMAMAN: Seorang pengajar jururawat di Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersama suaminya, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak perempuan kandung mereka berusia 14 tahun hingga menyebabkan kematiannya, November tahun lalu. Kedua-dua tertuduh, Shafina Azlin Shahidan, 46 dan suaminya, Azman Awang, 47, mengangguk faham dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh secara bersama telah mengabaikan Azreen…