Siti Saleha tawan Gunung Kinabalu - Utusan Malaysia

Siti Saleha tawan Gunung Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Siti Saleha, 34, merekodkan pencapaian peribadi apabila berjaya menawan puncak gunung tertinggi di Malaysia, Kinabalu.

Perkembangan itu dikongsi bintang drama 7 Hari Mencintaiku itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagramnya baru-baru ini.

“Berjaya mendaki Gunung Kinabalu.

“Sekarang saya perlukan rehat, kaki saya perlu rehat. Sila tinggalkan emel atau mesej sahaja. Terima kasih,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pelakon yang mesra disapa sebagai Sally itu difahamkan ditemani kekasinya, Joshua Fitton ketika mendaki gunung tersebut.

Dalam pada itu, pencapaian Siti Saleha itu menuai ucapan tahniah selain pujian dari netizen dan rakan artis yang terinpirasi dengan kegigihannya mendaki gunung yang berketinggian 4,095 meter dari aras laut itu.

“Salute sampai puncak,” tulis pelakon Adeline Tsen.

“Dedikasi itu, tapi tahniah. Saya tak mungkin dapat (tawan Kinabalu),” seloroh Siti Khadijah Halim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya